Banjir Hulu Langat: Jumlah mangsa meningkat - Utusan Malaysia

Banjir Hulu Langat: Jumlah mangsa meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Jumlah mangsa banjir di Hulu Langat dekat sini meningkat kepada 124 orang berbanding 60 orang hari ini.

Menurut Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata, peningkatan itu melibatkan 29 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara sekitar Hulu Langat.

“Seramai 17 keluarga dengan jumlah 73 orang ditempatkan di Kompleks Penghulu Batu 10 dan Balai Raya Batu 10.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala 12 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 51 orang masih ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hujan lebat yang berlaku di Hulu Langat, semalam sehingga mengundang banjir kilat menyebabkan 60 penduduk terdiri daripada 19 keluarga ditempatkan ke pusat pemindahan sementara tengah malam tadi berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×