KOTA BHARU 11 Nov. – Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengabaikan Kelantan, sebaliknya perlu membantu membangunkan negeri ini bersama negeri-negeri lain jika mahu memastikan Malaysia mencapai status negara maju. Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra bertitah, sistem persekutuan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka hingga kini memperlihatkan kerajaan Pusat dan kerajaan negeri adalah berkait antara satu sama lain. Sehubungan itu titah baginda, bagi membolehkan Malaysia mencapai status negara…










