BELGRADE 7 Nov. – Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa pemainnya mengambil mudah cabaran Red Star Belgrade sehingga tewas mengejut 0-2 kepada kelab Serbia itu dalam aksi Liga Juara-Juara, hari ini. Dua jaringan Milan Pavkov pada separuh masa pertama menenggelamkan kejayaan 4-0 Reds ke atas pasukan sama, dua minggu lalu, sekali gus menyukarkan misi mereka untuk menjuarai Kumpulan C. Klopp menegaskan, pasukannya perlu bangkit dalam dua baki perlawanan atau berdepan penyingkiran…










