KOTA BHARU 29 Nov. – Seorang bakal pengantin perempuan menjadi ‘hero’ menyelamatkan datuk dan dua sepupunya yang masih kecil dalam kejadian kebakaran yang menyebabkan sebuah rumah kayu dua tingkat yang dihuni 14 sekeluarga di Lorong Gajah Mati di sini, hangus terbakar tengah malam tadi. Wanita tersebut, Hasmi Marina Mohd. Zahari, 26, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyiapkan barang hantaran dan cenderamata tetamu untuk majlis kenduri perkahwinan yang bakal berlangsung Sabtu…