KUALA LUMPUR – Hari ini akan mencatat sejarah apabila bajet persekutuan pertama dibentangkan di Parlimen oleh sebuah kerajaan baharu sejak Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Bajet 2019 oleh kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) itu akan dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pukul 4 petang nanti. Walaupun harapan rakyat tinggi, ia boleh menjadi satu daripada bajet yang paling sukar di tengah-tengah dakwaan penyelewengan, perbelanjaan diragui serta hutang tinggi yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional, menjadikan lembaran imbangan fiskal hampir tidak dapat diperbaiki. Baru-baru…










