Bajet Johor 2019 dibentang 29 November - Utusan Malaysia

Bajet Johor 2019 dibentang 29 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 4 Nov. – Johor menyambut baik keputusan kerajaan Pusat untuk memberikan 50 peratus hasil yang diperoleh daripada sektor pelancongan kepada kerajaan negeri seperti diumumkan dalam Belanjawan 2019.

OSMAN SAPIAN
OSMAN

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, langkah itu akan menggalakkan usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan hasil pendapatan melalui sektor pelancongan di negeri ini.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan pusat ekoran pemansuhan tol motosikal di Lebuhraya Laluan Kedua (LinKedua) bermula pada 1 Januari tahun depan.

“Pengumuman itu sekali gus mengurangkan kesulitan dan beban kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat Malaysia terutama rakyat Johor yang mengambil perjalanan ulang alik setiap hari ke Singapura.

“Selain itu saya juga sedang menanti senarai penuh projek yang melibatkan Kerajaan Negeri Johor daripada Kementerian Kewangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, Bajet Johor 2019 yang akan dibentangkan pada 29 November ini bertemakan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari akan mengambil langkah sama untuk memastikan ekonomi negeri stabil serta menjadikan kebajikan rakyat sebagai keutamaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN