Bahagian dapur rumah rosak teruk akibat tanah runtuh - Utusan Malaysia

Bahagian dapur rumah rosak teruk akibat tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiga orang penghuni di sebuah rumah berdepan detik cemas apabila bahagian dapur rumah berkenaan rosak teruk dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Tasik Permai di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Timbalan Penguasa Bomba Ariff Mohamed Kassim berkata, runtuhan tersebut berlaku di bahagian dapur rumah berkenaan yang berkeluasan kira-kira 55 meter manakala rumah di kiri dan kanan rumah itu turut mengalami keretakan yang teruk

“Setibanya di lokasi, anggota bomba membuat pemantauan awal dan mendapati terdapat beberapa kesan retakan lama juga pada bahagian rumah berkenaan yang jelas kelihatan.

“Ekoran daripada itu pihak kami memaklumkan kepada kesemua penghuni rumah berkenaan untuk berpindah ke kawasan lain buat sementara waktu kerana keadaan rumah tersebut tidak selamat untuk diduduki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ariff, pihak bomba mendapat panggilan kira-kira pukul 4.20 petang dan seramai sembilan orang anggota dikerahkan ke lokasi berkenaan

Tambahnya, pemindahan kesemua penghuni rumah itu diuruskan oleh pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN