Bagnaia juara dunia Moto2 2018 - Utusan Malaysia

Bagnaia juara dunia Moto2 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 4 Nov. – Grand Prix (GP) Malaysia menjadi saksi lagi kepada kemunculan juara dunia dengan kali giliran Francesco Bagnaia dari Sky Racing Team VR46 dinobatkan gelaran tersebut biarpun menamatkan saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di tempat ketiga sebentar tadi.

Pelumba kelahiran Itali itu meraih gelaran sulung tersebut pada musim keduanya di Moto2 setelah menamatkan saingan di podium ketiga menerusi catatan masa 3.02 saat (s) di belakang juara GP Malaysia, juga rakan sepasukannya Luca Marini yang meraih tempoh terpantas 38:25.689s.

Tempat kedua pula dimenangi Miguel Oliveira dari Red Bull KTM Ajo setelah ketinggalan hanya 1.194s di belakang Marini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Paling manis, kejayaan Bagnaia turut diraikan legenda Itali, Valentino Rossi yang terus mendapatkannya di tepi trek sejurus pelumba berusia 21 tahun itu mengakhiri perlumbaan GP kedua terakhir tersebut.

Bagnaia muncul juara selepas unggul dengan pungutan 304 mata, diikuti Oliveira kedua (272 mata) dan Brad B
Dalam pada itu wakil tunggal negara di Moto2, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team Asia menamatkan saingan di kedudukan ke-17 dengan catatan masa 28.802s di belakang Marini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN