Bacaan Yasin, majlis kesyukuran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak - Utusan Malaysia

Bacaan Yasin, majlis kesyukuran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR – Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, majlis kesyukuran dan bacaan doa selamat bersama kira-kira 1,000 jemaah bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Masjid Ubudiah di sini hari ini. 

Turut berangkat Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Almarhum Sultan Idris Shah dan diiringi oleh Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu.

Majlis yang dipimpin oleh Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim itu juga dihadiri oleh Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti; Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Abu Bakar Said serta barisan exco kerajaan negeri.

Majlis bacaan Yasin pada hari ini turut diadakan serentak di masjid-masjid seluruh negeri dengan khutbah Jumaat dikhususkan mengenai keputeraan baginda.

Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim akan meraikan tetamu pada majlis Santapan Diraja di Istana Iskandariah di sini malam esok.

Sementara itu, pada Ahad ini, Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perak pula akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN