Azmin terus mendahului Rafizi - Utusan Malaysia

Azmin terus mendahului Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 11 Nov. – Keputusan tidak rasmi tujuh lagi cabang PKR di Sarawak yang mengundi hari ini menyaksikan calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memenangi kesemuanya sebentar tadi.

Proses pengundian tersebut yang bermula dari pukul 9 pagi tadi sehingga 4 petang tadi menyaksikan Azmin mendapat 1,162 undi mendahului Rafizi Ramli dengan 377 undi.

Tujuh cabang itu ialah Petra Jaya dengan 1,508 ahli, Sibu (2,458 ahli), Santubong (1,949 ahli), Stampin (538 ahli), Sri Aman (1,411 ahli), Puncak Borneo (1,408 ahli) dan Sarikei (1,397 ahli).

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Azmin mendapat 2,858 undi manakala Rafizi (1,452 undi) pada 21 cabang tidak termasuk cabang Julau kerana digantung keputusannya disebabkan masalah teknikal.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu menang di Bandar Kuching, Kota Samarahan, Mas Gading, Batang Lupar, Batang Sadong, Betong, Lanang, Lubok Antu, Saratok, Hulu Rajang, Lawas, Baram, Kanowit, Bintulu, Selangau, Kota Samarahan dan Mukah, manakala Rafizi pula sekadar berpuas hati menang di Serian, Miri, Sibuti dan Limbang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN