KUALA LUMPUR 12 Nov. – Pertarungan sengit dan ganas bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR akhirnya dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali gus membolehkan beliau buat pertama kali bergandingan dengan mentornya dan bakal Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mengikut keputusan tidak rasmi, beliau mengumpul 66,458 undi daripada kesemua 14 negeri yang mengadakan pemilihan PKR sejak 22 September lalu sehingga semalam, mengatasi Rafizi Ramli yang mengumpul 61,845 undi, iaitu…









