KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila jauh meninggalkan pencabarnya, Rafizi Ramli dalam persaingan pemilihan parti itu.
Menjelang minggu terakhir fasa pemilihan di Sarawak pada Sabtu ini, berdasarkan keputusan Jawatankuasa Pemilihan (JPP) PKR, Azmin yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi meraih undi keseluruhan 59,594 undi sekali gus meninggalkan Rafizi yang mendapat 56,392 undi. Dengan majoriti 3,175 undi, Azmin memerlukan pukulan terakhir memihak kepadanya di Sarawak.
Pada pemilihan di Sabah pada 3 dan 4 November lalu, Azmin memperoleh 9,325 undi berbanding Rafizi yang mendapat 7,714 melibatkan pengundian di 22 daripada 25 cabang PKR di negeri itu. Terdapat kemungkinan diadakan pemilihan semula di Cabang Keningau, Tawau dan Pensiangan.
Ketua Koordinator Pemilihan PKR Sabah, Rosli Masaliku berkata, keputusan itu termaktub kepada hasil mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










