Azmin dahului Rafizi di Sarawak, menang di 16 cabang berbanding Rafizi hanya menawan 4 cabang - Utusan Malaysia

Azmin dahului Rafizi di Sarawak, menang di 16 cabang berbanding Rafizi hanya menawan 4 cabang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 10 Nov. – Sokongan ahli-ahli PKR Sarawak terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, nampaknya masih utuh apabila undian mereka membolehkan beliau mendahului selesa pencabarnya, Rafizi Ramli membabitkan pemilihan 20 cabang parti itu pada hari pertama pemilihan di negeri ini.

Proses pemilihan dan pengiraan yang selesai pada pukul 7 malam ini menyaksikan Azmin mendahuli pencabarnya dengan kelebihan majoriti 1,375 undi.

Azmin memperoleh 2,827 undi berbanding Rafizi yang meraih 1,452 undi.

Beliau menang di 16 cabang, berbanding Mohd Rafizi yang menang di empat cabang sahaja.

Penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR itu menang di Bandar Kuching,.Kota Samarahan, Mas Gading, Batang Lupar, Batang Sadong, Betong, Lanang, Lubok Antu, Saratok, Hulu Rajang, Lawas, Baram,.Kanowit, Bintulu, Selangau dan Mukah.

Rafizi pula sekadar berpuas hati menawan hati penyokong di Serian, Miri, Sibuti dan Limbang.

Keseluruhannya, Sarawak mempunyai 29 cabang PKR dan pemilihan baki sembilan cabang lagi yang menjadi penentu nasib kedua-dua pemimpin itu berlangsung esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN