Azmin atasi Rafizi di Jelebu - Utusan Malaysia

Azmin atasi Rafizi di Jelebu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU 11 Nov. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatasi pencabarnya, Mohd. Rafizi Ramli bagi jawatan nombor dua parti itu dalam pemilihan PKR Cabang Jelebu yang diadakan semula, hari ini.

Mohamed Azmin meraih sebanyak 83 undi manakala Mohd. Rafizi menerima 59 undi.

Seramai 210 daripada 310 ahli PKR Cabang Jelebu melakukan undian semula pada pemilihan yang berlangsung di Dewan d’Sury, Kuala Klawang dekat sini.

Pemilihan semula itu dilakukan selepas proses pengundian pada 20 Oktober lalu dibatalkan berikutan sebanyak 315 data undi hilang akibat masalah teknikal.

Ketua Koordinator Negeri, Madon Mislan berkata, proses pemilihan hari ini lebih teratur walaupun proses pengundian agak perlahan dan kehadiran ahli secara berperingkat-peringkat.

“Kita telah mengarahkan semua ketua ranting untuk memanggil 310 ahli yang sebelum ini data undian mereka hilang untuk keluar mengundi. Kita berpuas hati dengan capaian internet di kawasan ini kerana semuanya berada dalam keadaan baik dan sistem juga mudah untuk dicapai,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, persaingan bagi jawatan ketua cabang dimenangi oleh Yus Mazmi Ahmad Yusof yang meraih 126 undi menewaskan Mohamed Zabidi Abdullah (66 undi) manakala Maslan Mohamad Yusof yang gagal memperoleh sebarang undi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN