SEPANG 4 Nov. – Tertekan dengan rasa kurang percaya peminat tanah air selain merindui dakapan seorang ayah antara rencah emosi pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah sebelum memulakan saingan Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Pada ketika debaran sebelum perlumbaan MotoGP bermula, jejaka berusia 24 tahun itu dilihat tidak dapat menahan sebak dan menangis di petak mula dengan sesekali mengesat air matanya sewaktu lagu kebangsaan…










