Awasi tanda-tanda prolapsed - Utusan Malaysia

Awasi tanda-tanda prolapsed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Apabila keadaan ini berlaku, rahim jatuh dan keluar dari faraj, pundi kencing pula menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj.

“Biasanya keadaan ini tidak mengancam nyawa tetapi menyebabkan tidak selesa dan mungkin penderitaan emosi,” katanya. 

Dr. Selva Ganesan menambah terdapat tiga jenis organ jatuh yang melibatkan bahagian atas atau bumbung faraj. Sekiranya membabitkan bahagian atas, rahim akan jatuh ke bahagian faraj (uterine prolapsed).

DR. SELVA GANESAN
DR. SELVA GANESAN 

* Rahim turun sedikit. Kebanyakan wanita mungkin sedar. Biasanya, ini hanya diketahui apabila pemeriksaan dijalankan oleh doktor atas tujuan lain seperti pap smear.

* Rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di muka pintu faraj.

* Hampir seluruh rahim jatuh terkeluar daripada faraj.

Bahagian hadapan

Pundi kencing jatuh ke dalam faraj dan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti benjolan. Biasanya pundi dan salur kencing akan jatuh bersama dan paling biasa berlaku pada wanita.

Bahagian belakang faraj

Menurut Dr. Selva Ganesan, sebahagian daripada usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan hujung usus besar.

“Jika usus jatuh, ia akan membentuk benjolan di belakang faraj berhampiran dubur.

“Kemungkinan besar kedua-dua keadaan boleh berlaku serentak dan harus diperiksa menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak dikenal pasti boleh menyebabkan pesakit menderita,” katanya.

Menurutnya, satu lagi keadaan dipanggil vault prolapse berlaku selepas pembedahan histerektomi.

“Ini mungkin mengambil masa untuk berlaku selepas sokongan otot keliling dan bekas jahitan pada faraj menjadi lemah lalu jatuh ke bawah.

“Ia terjadi pada 15 peratus wanita yang menjalani pembedahan histerektomi dan hanya satu peratus atas alasan lain seperti fibroid,” ujarnya.

Punca

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah antaranya kehamilan, bersalin, usia, menopaus, obesiti, ketumbuhan seperti fibroid besar, batuk atau sembelit kronik.

Punca lain termasuk mengangkat bebanan berat, keturunan, menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan saraf tunjang.

Simptom dan diagnosis

Wanita yang mengalami masalah organ rahim jatuh sedikit ada kalanya tidak merasa sebarang simptom atau ketidakselesaan.

“Jika pundi kencing jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas. Apabila usus kecil atau besar jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis,” katanya.

Rahim jatuh menyebabkan wanita berasa seperti ada sesuatu di celah alat sulit. Dalam keadaan teruk apabila rahim jatuh sepenuhnya boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

Dr. Selva Ganesan berkata, jika organ rahim jatuh masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk teknik senaman pelvik.

Rawatan

“Selain itu, alat berupa gelang yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk menghalang rahim jatuh yang boleh digunakan oleh wanita daripada pelbagai peringkat usia reproduktif atau wanita menopaus yang tidak boleh atau tidak mahu melakukan pembedahan,” jelasnya.

Ini mungkin disebabkan wanita muda dan masih mahu hamil dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk pembedahan.

“Namun gelang perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit perlu berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya.

“Setiap rawatan individu bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis organ rahim jatuh, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya kepada kehidupan wanita itu,” katanya.

Pembedahan menjadi pilihan terakhir.

“Pesakit boleh berjumpa bidan terlatih dan berkemahiran.Biasanya teknik berpantang selepas bersalin dan urutan sedikit sebanyak mampu membantu menanganinya tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN