PUTRAJAYA 2 Nov. – Aspek kemenjadian murid dengan penerapan nilai-nilai murni akan menjadi agenda utama dalam sistem pentaksiran baharu bagi menggantikan peperiksaan murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, murid akan disemai dengan nilai-nilai murni agar mereka membesar sebagai insan yang dipenuhi dengan pelbagai moral serta sikap yang dapat membentuk mereka menjadi insan berjaya kelak. MASZLEE MALIK “Kementerian akan membuat…










