ASNB bantu tingkat pelaburan - Utusan Malaysia

ASNB bantu tingkat pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan memperluaskan fokus dalam membantu mendi­dik pelabur terutama bumiputera yang membuat pinjaman dengan institusi kewangan serta meningkatkan pelaburan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin berkata, berdasarkan situasi ketika ini, seba­nyak 9.2 juta pelabur ASB masih kurang arif dalam menguruskan pelaburan mereka, terutama membabitkan pulangan dividen tahunan yang diterima setiap tahun.

“Selalunya terdapat tiga situa­si mereka yang mengambil pinjaman ASB selepas mendapat dividen. Pertama, dividen digunakan sebagai sebahagian daripada pelaburan dan kedua, menggunakan dividen untuk mengerjakan haji.

“Ketiga pula ialah dividen digunakan untuk bayar ansuran bulanan pinjaman. Situasi pertama dan kedua boleh diterima dalam objektif perancangan kewangan tetapi situasi ketiga menyebabkan mereka tidak mendapat apa-apa.

“Dalam situasi pertama, jika mereka melabur RM100,000 dan membiarkan pelaburan beserta dividen berkembang, mungkin dalam tempoh empat hingga 10 tahun pelaburan boleh mencecah hingga RM200,000.

“Bagaimanapun, kami tidak menggalakkan situasi ketiga dan ia merupakan kesilapan yang ingin diperbetulkan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Beliau mengetuai rombongan Jabatan komunikasi PNB dan Jabatan Pemasaran dan Literasi Kewangan ASNB bersama-sama Naib Pre­siden, Jabatan Pemasaran dan Li­terasi Kewangan ASNB, Siti Norilah Shamsul Bahri; Naib Presi­den Jabatan Komunikasi PNB, Aimi Aziz; Pengurus Jabatan Komunikasi PNB; Suzana Ibrahim; Nursyahida Abdullah dan Asso­ciate Jabatan Komunikasi PNB, S. Kaneskumar.

Rombongan tersebut disambut oleh Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah; Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar; Penolong Pengarang Mingguan Malaysia, Rozaman Ismail, Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Jamal Ahmed dan pengarang-pengarang kanan Utu­san Malaysia.

Mohammad berkata, ASNB akan bekerjasama pelbagai pihak termasuk media untuk memperluaskan pendidikan merancang kewangan dalam pelaburan skim-skim yang ditawarkan oleh agensi itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN