AS perketatkan dasar imigresen - Utusan Malaysia

AS perketatkan dasar imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak lagi akan membenarkan permohonan suaka oleh orang yang memasuki negara berkenaan secara haram, kata beberapa pegawai ketika mengumumkan tindakan keras baharu terhadap imigran.

Larangan permohonan suaka itu bertujuan untuk menangani isu yang disifatkan White House sebagai pencabulan sistem imigresen di AS sepanjang sempadan Mexico yang berlarutan sejak sekian lama.

Undang-undang baharu itu yang diperkenalkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dijangka ditanda­tangani Presiden Donald Trump dalam masa terdekat. Ia bagaimanapun akan dicabar di mahkamah.

Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) berkata, hak untuk memohon suaka mesti diberikan kepada sesiapa yang memasuki negara itu, tidak kira asal usul mereka.

“Undang-undang AS membenarkan individu untuk memohon suaka. Adalah menyalahi jika menghalang­nya sama ada oleh agensi kerajaan atau dekri Pre­siden,” kata ACLU.

Bagaimanapun, menurut undang-undang baharu tersebut, Trump mempunyai kuasa untuk menyekat pendatang tampa izin sekiranya mendapati ia menjejaskan kepentingan negara.

White House juga berhujah bahawa Trump mempunyai kuasa eksekutif untuk mengekang pendatang tanpa izin atas faktor keselamatan, kuasa yang digunakan sebaik sahaja beliau mengambil alih pentadbiran AS dengan me­laksanakan larangan terhadap perantau dari negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.

Pada tahun 2018, pasukan pengawal sempadan merekodkan lebih 400,000 imigran menyeberangi sempadan AS secara haram, manakala sejak lima tahun lalu, bilangan pemohon suaka pula meningkat 2,000 peratus. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN