WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) tidak lagi akan membenarkan permohonan suaka oleh orang yang memasuki negara berkenaan secara haram, kata beberapa pegawai ketika mengumumkan tindakan keras baharu terhadap imigran. Larangan permohonan suaka itu bertujuan untuk menangani isu yang disifatkan White House sebagai pencabulan sistem imigresen di AS sepanjang sempadan Mexico yang berlarutan sejak sekian lama. Undang-undang baharu itu yang diperkenalkan oleh Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, dijangka ditandatangani Presiden Donald Trump dalam masa terdekat. Ia bagaimanapun akan dicabar di mahkamah. Kesatuan Kebebasan Awam Amerika (ACLU) berkata, hak untuk memohon suaka mesti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya