AS ancam potong sumbangan operasi pengaman PBB - Utusan Malaysia

AS ancam potong sumbangan operasi pengaman PBB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 10 Nov. – Amerika Syarikat (AS) mengugut untuk mengurangkan sumbangan kepada operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan depan dengan menyatakan sumba­ngan yang dikeluarkan bukanlah ‘derma kebajikan’.

Agensi berita Xinhua me­laporkan wakil AS di PBB, Nikki Haley ketika debat terbuka Majlis Keselamatan berkata, sumbangan sebanyak 25 peratus AS kepada bajet anggota pengaman adalah tidak adil dan sumbangan kepada PBB bukan derma kebajikan.

Duta AS berkata, AS men­yumbang sebanyak 20 peratus kepada operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk 25 peratus daripada bajet belanjawan sebanyak AS$7 bilion untuk operasi pengaman PBB.

Memuatkan artikel berkaitan…

Haley menyifatkan sumba­ngan itu sebagai langkah AS ‘menyokong’ multilateralisme di PBB.

Sementara itu, Wakil Tetap Rusia di PBB, Vassily Nebenzia berkata, sesetengah negara berusaha mengekalkan ‘dominasi global mereka untuk mendapatkan keuntungan bagi satu pihak semata-mata’.

“Mereka mendakwa diri mereka sebagai multilateral tetapi dakwaan mereka adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan mereka sahaja,” kata Nebenzia.

Bercakap pada perbahasan terbuka Majlis Keselamatan mengenai mengukuhkan multilateralisme dan peranan PBB, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyeru sistem multilateral diperbaharui, diperkuatkan untuk menangani cabaran global hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×