Arab Saudi mahu bina 16 reaktor nuklear - Utusan Malaysia

Arab Saudi mahu bina 16 reaktor nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 6 Nov. – Arab Saudi merancang membina 16 reaktor nuklear dalam tempoh 20 tahun akan datang selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman semalam merasmikan pembinaan reaktor penyelidikan nuklear pertama negara itu.

Langkah berkenaan sejajar dengan usaha Arab Saudi untuk mempelbagaikan pengeluaran tenaga di negara tersebut meskipun wujud kebimbangan berkaitan pelua­san tenaga nuklear di rantau Asia Barat.

Kos keseluruhan pembinaan 16 reaktor itu dilaporkan seba­nyak AS$80 bilion (RM333.4 bi­lion).

Menurut Saudi Press Agency (SPA), reaktor penyelidikan nuklear itu merupakan antara tujuh projek yang dilancarkan oleh Mohammed ketika berkunjung ke Bandar Sains dan Teknologi Raja Abdulaziz di Riyadh.

SPA bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut berkaitan bilakah reaktor tersebut – yang selalunya digunakan untuk penyelidikan, pembangunan atau pendidikan – akan dibina dan berapakah kos pembinaannya.

Arab Saudi ketika ini bergantung kepada sumber minyak dan gas asli untuk memenuhi permintaan tenaga yang sema­kin berkembang di negara itu.

Pada Mac lalu, Mohammed berkata, sekiranya Iran membangunkan senjata nuklear, Arab Saudi juga akan melakukan tindakan serupa. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN