RIYADH 6 Nov. – Arab Saudi merancang membina 16 reaktor nuklear dalam tempoh 20 tahun akan datang selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman semalam merasmikan pembinaan reaktor penyelidikan nuklear pertama negara itu. Langkah berkenaan sejajar dengan usaha Arab Saudi untuk mempelbagaikan pengeluaran tenaga di negara tersebut meskipun wujud kebimbangan berkaitan peluasan tenaga nuklear di rantau Asia Barat. Kos keseluruhan pembinaan 16 reaktor itu dilaporkan sebanyak AS$80 bilion (RM333.4 bilion). Menurut Saudi Press Agency (SPA), reaktor penyelidikan nuklear itu merupakan antara tujuh projek yang dilancarkan oleh Mohammed ketika berkunjung…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya