WASHINGTON 10 Nov. – Arab Saudi dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengakhiri membekalkan bahan api pesawat kepada gabungan yang dipimpin Arab Saudi yang memerangi pemberontak Houthi di Yemen.
Langkah ini dilihat akan mengakhiri bantuan dan sokongan AS dalam peperangan yang menyebabkan Yemen di ambang kebuluran.
Langkah itu diumumkan oleh gabungan dan disahkan oleh Washington, dibuat tepat pada masanya ketika Riyadh kini dalam penelitian kerana kematian orang awam ketika serangan udara di Yemen.
Selain itu, Arab Saudi juga kini berhadapan dengan kejutan global dan tuduhan kematian pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi di konsulatnya di Istanbul pada 2 Oktober lalu.
AS dan Britain penghujung bulan lalu menyeru gencatan senjata di Yemen untuk menyokong usaha U.N menamatkan perang hampir empat tahun yang telah mengorbankan lebih dari 10,000 nyawa dan mencetuskan krisis kemanusiaan yang paling mendesak di dunia.
“Baru-baru ini, Kerajaan dan gabungan meningkatkan keupayaannya untuk menjalankan pengisian bahan bakar secara langsung di Yemen. Setelah berunding dengan AS, hasilnya, gabungan telah meminta sokongan pemberhentian mengisi bahan bakar untuk operasinya di Yemen,” katanya dalam satu kenyataan.
Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis berkata keputusan itu diambil setelah berunding dengan kerajaan dan Washington menyokong langkah itu sekaligus bekerjasama dengan perikatan untuk meminima kematian orang awam dan memperluas usaha kemanusiaan.
“Apa-apa keputusan diselaraskan oleh Washington dan Riyadh boleh menjadi usaha untuk mencegah tindakan ‘mengancam’ Kongres minggu depan oleh ahli parlimen Demokratik dan Republikan keatas operasi bahan api ini.
Bagaimanapun, pemberhentian pengisian bahan api mungkin tidak memberi kesan praktikal terhadap konflik, yang dilihat sebagai perang proksi antara Arab Saudi dan Iran. Hanya seperlima pesawat memerlukan pengisian bahan api dari Amerika Syarikat,” katanya. -REUTERS










