APM Gua Musang siap siaga hadapi banjir - Utusan Malaysia

APM Gua Musang siap siaga hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 14 Nov. – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) jajahan ini bersiap sedia untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh yang dijangka tiba tidak lama lagi.

Pegawai APM daerah, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, seramai 60 anggota APM telah didedahkan dengan operasi menyelamat dan latihan di air.

Malah katanya, persiapan menghadapi banjir dilakukan secara berkala setiap bulan bagi memperkemaskan gerak kerja menyelamat oleh para anggota.

“Berdasarkan pengalaman banjir besar yang melanda jajahan ini penghujung Disember 2014, kami telah membuat persiapan rapi setiap tahun bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Kami sudah bersiap sedia untuk melakukan operasi seperti menyelamat dan kecemasan, memindahkan mangsa banjir ke pusat pemindahan, menghantar bekalan makanan dan membersihkan premis bangunan selepas banjir,’’ katanya di sini baru-baru ini.

Mohd. Yussalmi memberitahu, hujan berterusan melebihi tiga jam di kawasan pedalaman boleh menyebabkan kawasan rendah di jajahan ini dinaiki air dan jika situasi tersebut berlaku, penduduk perlu bersiap sedia berpindah.

“Kita berharap penduduk akan membantu menyalurkan maklumat segera kepada kami sekiranya kawasan mereka terjejas dengan banjir.

“Tahun ini kami akan memberi tumpuan di kawasan rendah yang berisiko dinaiki air dengan cepat,’’ katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN