Anwar yakin mampu tunaikan janji di Port Dickson - Utusan Malaysia

Anwar yakin mampu tunaikan janji di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 10 Nov. – Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin mampu menunaikan janjinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson terutama bagi meningkatkan tahap ekonomi dan sosio penduduk daerah ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah berbincang dengan Menteri Besar, Aminuddin Harun dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bagi memastikan perkara tersebut.

“Saya telah berbincang untuk menjadikan ekonomi, hotel, kilang-kilang dan tahap pendidikan di Port Dickson lebih tinggi berbanding sebelum ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Ulang Tahun Ke-38 Persatuan Keturunan Toh Port Dickson di sini malam ini.

Yang turut hadir Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, M. Ravi dan Pengerusi Persatuan Keturunan Toh Port Dickson, Prof. Madya Datuk Dr. Toh Kian Kok.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Port Dickson semakin popular di seluruh dunia sejak beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober lalu.

“Saya gembira kerana Port Dickson kini popular di seluruh dunia. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telefon saya ucap tahniah kerana menang sebagai Ahli Parlimen Port Dickson. Beliau sebut nama Port Dickson.

“Temuramah saya dengan (media antarabangsa) BBC dan Bloomberg baru-baru ini juga menyebut nama Port Dickson. Maka betul seluruh dunia sudah tahu (Port Dickson) sekarang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN