Anwar setuju dengan Daim - Utusan Malaysia

Anwar setuju dengan Daim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan saranan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin supaya menteri Kabinet serta kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhenti menuding jari kepada kerajaan terdahulu.

Anwar yang disebut bakal menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Kelapan menegaskan bahawa rakyat ingin tahu apa yang mahu dilakukan kerajaan untuk masa kini dan akan datang.

Beliau bagaimanapun menjelaskan memahami apa yang dihadapi oleh kerajaan dan menteri hari ini berikutan kesilapan-kesilapan dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya fikir apa yang dikatakan Daim itu betul, jangan ada obsesi kerana rakyat ingin tahu apa seterusnya daripada kerajaan PH untuk masa kini dan akan datang.

“Tetapi saya fikir itu tidak menghalang kami daripada mengutarakan pandangan dan mengemukakan bukti baharu (kesalahan kerajaan lalu),” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ketika ditanya mengenai prestasi semasa menteri-menteri Kabinet, Anwar percaya mereka telah melakukan yang terbaik.

Namun begitu, beliau mengingatkan bahawa prestasi menteri-menteri serta timbalan mereka sentiasa dipantau dan dibincangkan.

“Memang ada aduan, tetapi secara umumnya saya berpuas hati dengan prestasi mereka,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN