Anwar minta calon terima keputusan - Utusan Malaysia

Anwar minta calon terima keputusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 11 Nov. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu menerima keputusan meskipun ada beberapa kelemahan yang dikesan. 

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, bagaimanapun beliau meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) meneliti setiap bantahan ketika pemilihan kini sampai ke peringkat akhir. 

“Banyak orang minta saya campur tangan tetapi, saya tidak boleh kerana parti telah buat keputusan bahawa semua urusan pemilihan dikendalikan oleh JPP. 

“Setakat ini saya hanya menyeru supaya keadaan terkawal, lebih tenang dan calon-calon terima keputusan dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pembukaan Kejohanan Wushu Piala Long Yi Port Dickson di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut, Anwar berkata, jika sepanjang pemilihan PKR berlaku masalah seperti penipuan, kerosakan peralatan dan ugutan, perkara itu perlu dilaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya. 

“Kalau ada kes penipuan, kerosakan tablet dan ugutan, itu dilaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau  
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. 

“Itu yang saya telah jelaskan. Tetapi, pimpinan PKR mesti bantu mengawal keadaan,” tambahnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN