Anthony tidak layan permintaan wujud unsur ugutan - Utusan Malaysia

Anthony tidak layan permintaan wujud unsur ugutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 5 Nov.- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook tidak akan melayan sebarang permintaan mempunyai unsur ugutan daripada wakil persatuan pemandu teksi, Datuk Shamsubahrin Ismail yang ingin mengadakan perhimpunan protes di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.

Menurut Anthony, beliau bersedia untuk bertemu dengan mana-mana persatuan teksi sekiranya mereka mempunyai niat untuk berbincang.

“Itu bukan cara dan adab rakyat Malaysia untuk buat ugutan. Dahulu masa kita pembangkang, saya tidak cakap untuk buat protes sekiranya Perdana Menteri dan menteri enggan bertemu kita, cuma hantar memorandum sahaja.

“Malah saya telah tugaskan Setiausaha Politik secara khusus dan sepenuh masa untuk bertemu dengan semua persatuan teksi dan sudah banyak kita jumpa,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Anthony mengulas kenyataan Shamsubahrin hari ini yang mendakwa akan mengadakan perhimpunan protes secara aman pada Khamis ini sekiranya beliau enggan bertemu dengan wakil persatuan teksi tersebut.

Dakwa Shamsubahrin, pihaknya telah memohon untuk bertemu bersama Anthony selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tetapi sehingga kini tiada maklum balas diberikan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN