Anjakan paradigma guru bentuk daya saing murid pendidikan khas - Utusan Malaysia

Anjakan paradigma guru bentuk daya saing murid pendidikan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Peranan guru diakui amat penting dalam memastikan murid pendidikan khas dapat mengoptimumkan potensi mereka, tidak tercicir dan berdaya saing dengan murid yang normal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Mat Zakaria Mat Omar berkata, murid pendidikan khas mempunyai kebolehan dan keistimewaan tersendiri yang memerlukan guru untuk membentuk mereka menjadi insan yang cemerlang.

“Oleh itu, guru perlu melakukan anjakan paradigma dalam melaksanakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menggalakkan murid pendidikan khas berfikir secara kreatif dan inovatif,” katanya yang juga Pengerusi Majlis Graduasi Program Pendidikan Khas Integrasi (Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah) Peringkat Zon Bangsar dan Pudu.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis itu yang dirasmikan oleh Ketua Cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bandar Tun Razak, Profesor Dr. Zarah Mohd. Said di SMK Orkid Desa di sini hari ini.

Dalam majlis yang julung kali diadakan itu, 143 murid pendidikan khas sekolah rendah dan sekolah menengah diraikan dan diberi penghargaan.

Antara sekolah yang terlibat termasuklah Sekolah Kebangsaan (SK) Brickfields 1, SK Taman Segar, SK Taman Midah 2, SK Yaakob Latif 1, SK Seri Permaisuri, SMK Alam Damai, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Salak South dan SK Pendidikan Khas Jalan Peel. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN