DUNGUN – Anggota polis, Konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang dikhuatiri lemas bersama lelaki disyaki suspek kes samun selepas terjatuh di Sungai Paka berhampiran Kampung Durian Mentagau dekat sini semalam didakwa berperangai pelik sebelum menyertai serbuan tersebut. Adiknya, Wan Muhd. Zulhakimi, 20, yang tinggal bersama Wan Mohd. Arif di Kuarters Balai Polis Paka di sini sejak dua tahun lalu berkata, abangnya tiba-tiba melutut di hadapannya sambil mengeluarkan air…










