KUANTAN 22 Nov. – Dua maut termasuk seorang anggota polis selepas kenderaan masing-masing bertembung di Kilometer 138 Jalan Kuantan-Segamat, dekat sini hari ini. Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kenderaan Lans Koperal Raja Ahmad Faris Raja Mazlan, 29, yang memandu kereta jenis Perodua Kanci dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sehingga bertembung dengan Toyota Dyna Hi-Ace yang dipandu, Wang Aji @ Wang Lip Hua, 69. “Kedua-dua mangsa…










