KUALA LUMPUR 20 Nov. – Anggota polis yang cedera di bahagian lutut akibat terkena tembakan dalam kejadian samun di sebuah pasar raya di Kuchai Lama di sini petang tadi berada dalam keadaan stabil. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, anggota berpangkat Korporal berusia 37 tahun dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Selangor itu menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini. “Saya difahamkan doktor sedang menjalankan ujian x-ray terhadapnya dan akan membuat pembedahan untuk membuang anak peluru yang tertinggal dalam lutut anggota tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya