Anak lelaki pemimpin Hezbollah dikehendaki Amerika Syarikat - Utusan Malaysia

Anak lelaki pemimpin Hezbollah dikehendaki Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 14 Nov. – Amerika Syarikat semalam memasukkan Jawad Nasrallah, anak pemimpin Hezbollah, Sayyed Hassan Nasrallah dalam senarai orang dikehendaki, berikutan pembabitannya dalam kegiatan keganasan ke atas Israel di Tebing Barat.

Jabatan Negara Amerika Syarikat turut menyenarai hitam Al-Mujahidin Brigades (AMB), yang dikaitkan dengan Hezbollah dan mengatur siri serangan.

Tawaran AS$5 juta turut dikeluarkan bagi maklumat lokasi pemimpin Hamas yang lain iaitu Salih al-Aruri, Khalil Yusif Mahmoud Harb dan Haytham Ali Tabatabaei.

Amerika Syarikat mendakwa Hamas dan Hezbollah menerima latihan dan senjata dari Iran.

Washintong turut mengembalikan sekatan ke atas Tehran selepas ditarik pada 2015. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN