Anak-anak istimewa meriahkan kempen autisma - Utusan Malaysia

Anak-anak istimewa meriahkan kempen autisma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN. Lebih 40 orang anak-anak autisma hadir memeriahkan Kempen Kesedaran Autisma anjuran Unit Pemulihan Carakerja dan Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Taiping di pusat beli-belah AEON Taiping, Perak baru-baru ini.

Program itu turut mendapat kerjasama daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kecacatan Perkembangan) Universiti Teknologi Mara Kampus Puncak Alam, Selangor.

Ketua Penolong Pengarah Hospital Taiping, Dr. Roshida Md. Rashid berkata, objektif utama penganjuran program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan ibu bapa tentang kepentingan memberikan rangsangan awal kepada kanak-kanak autisma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN