SKUAD Harimau Malaya mengotakan janji untuk layak ke pentas separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 selepas menumbangkan Myanmar 3-0 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi. Keputusan itu menyaksikan Malaysia yang muncul naib juara setelah meraih sembilan mata, mengiringi Vietnam sebagai pendahulu Kumpulan A dengan 10 mata selepas menewaskan Kemboja 3-0 dalam aksi yang sama. Beraksi pada separuh masa…










