Ampang dilanda banjir kali kedua - Utusan Malaysia

Ampang dilanda banjir kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Belum reda dengan kea-daan banjir yang me-nimpa kawasan sekitar Ampang dekat sini, penduduk sekali lagi terpaksa menghadapi situasi sama hari ini ekoran hujan lebat kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Berdasarkan rakaman video tular dalam media sosial mendapati, banjir yang turut disertai air lumpur ekoran beberapa kawasan sekitar sedang menjalankan beberapa projek infrastruktur.

Paling mengejutkan apabila lebih 500 penduduk di kawasan Flat Mesra Ampang di Ampang Campuran menerima musibah ekoran kediaman mereka di­tenggelami air lebih satu meter.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ti berkata, ini merupakan kali kedua selepas kejadian pertama berlaku pada Ahad lalu.

“Pada kejadian Ahad lalu saya bersama rakan keluar untuk makan, namun sebaik sahaja pulang ke rumah kami dapati paras air sudah mulai tinggi dan beberapa buah kenderaan dinaiki air.

“Bagaimanapun banjir kali ini tidaklah seteruk seperti Ahad lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara beberapa kawasan lain turut dilaporkan dinaiki air lumpur termasuk Tasik Tambahan dan Bandar Baru Ampang menuju ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang.

Kejadian berlaku beberapa jam selepas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin melakukan lawatan bagi meninjau kesan banjir di kawasan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN