Aminuddin dimasukkan semula ke Hospital Serdang - Utusan Malaysia

Aminuddin dimasukkan semula ke Hospital Serdang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 8 Nov. – Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun yang baru-baru ini menjalani pembedahan jantung dimasukkan semula ke Hospital Serdang, Selangor untuk pemantauan doktor, kelmarin.

AMINUDDIN HARUN
AMINUDDIN HARUN 

Sumber berkata, beliau dalam keadaan sihat namun dikesan mempunyai terlalu banyak kahak.

“Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar pada malam Selasa lalu, tetapi dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Serdang,” katanya di sini hari ini.

Aminuddin menjalani pembedahan jantung di Hospital Serdang pada 29 Oktober lepas dan dibenarkan pulang pada Isnin lalu.

Sumber tersebut turut menafikan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu dimasukkan semula ke hospital ekoran jangkitan kuman. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN