Amaran kepada anggota Parlimen - Utusan Malaysia

Amaran kepada anggota Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menegur ahli-ahli Parlimen agar tidak menyentuh mengenai mana-mana kes yang sedang dibicarakan di mahkamah dalam sidang Dewan Rakyat.

Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof
Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof 

Teguran itu dibuat selepas berlakunya pertelingkahan berterusan dalam kalangan ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang selepas Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) cuba mengaitkan isu barang kemas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019.

“Kalau keadaan tidak reda saya terpaksa menggunakan aturan mesyuarat.

“Kalau wujud apa-apa kes yang sedang dibicarakan di mahkamah elok tidak sentuh kes sedemikian, secocok dengan keputusan yang saya buat sebelum ini,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN