Amar Singh rasmi Balai Polis Sri Hartamas - Utusan Malaysia

Amar Singh rasmi Balai Polis Sri Hartamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh merasmikan Balai Polis Sri Hartamas di sini, hari ini.

Amar Singh melawat sekitar balai tersebut selama satu jam ke dan menanam pokok ciku sebagai simbolik perasmian.

“Saya berasa terharu melihat perkembangan balai polis sekitar ibu negara kerana sebelum ini saya merupakan Ketua Polis Kuala Lumpur.

“Saya juga adalah generasi ketiga dalam keluarga selepas datuk dan bapa yang berkhidmat sebagai pegawai polis,” katanya.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Datuk Seri Zainuddin Yaacob. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN