Allianz Malaysia bekerjasama dengan JKJR basmi kemalangan - Utusan Malaysia

Allianz Malaysia bekerjasama dengan JKJR basmi kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Nov. – Allianz Malaysia dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR) baru-baru ini menjalankan kempen keselamatan jalan raya bersempena sambutan Deepavali di Jalan Sultan Ismail di sini.

KAKITANGAN Allianz Malaysia membantu penunggang motosikal menampal pelekat keselamatan pada topi keledar sewaktu kempen keselamatan jalan raya di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ketua Allianz4Good di Allianz Malaysia, Ng Siew Gek berkata, keghairahan pengguna jalan raya untuk pulang ke kampung pada musim perayaan boleh mengundang kemalangan jika gagal merancang perjalanan dan mengambil langkah-langkah keselamatan.

“Kempen ini dijalankan atas rasa tanggungjawab kami bersama JKJR untuk mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sepanjang musim festival cahaya ini terutamanya melibatkan penunggang motosikal.

“Tumpuan diberikan kepada penunggang motosikal kerana mereka adalah golongan yang paling tinggi kadar kemalangan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut Siew Gek, sepanjang kempen dijalankan, sebanyak 300 keping pelekat pantul cahaya, 50 helai jaket keselamatan dan 30 buah topi keledar diedar kepada penunggang motosikal.

Selain itu, turut diedar adalah 30 set pad bahu dan 30 tukul keselamatan.


Tambahnya, penglibatan Allianz MAlaysia dan JKJR bermula sejak tahun 2011 dengan lebih 190 kempen dan program keselamatan jalan raya telah dianjurkan di seluruh negara. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN