MEMILIKI perniagaan sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilakukan, apatah lagi pada usia muda. Namun, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai sekiranya seseorang itu memiliki iltizam dan keyakinan yang tinggi terhadap apa yang dilakukannya. Ia telah terbukti oleh seorang anak muda, Mohd. Faiz Mohd. Fauzi, 31, yang berjaya memiliki sebuah syarikat aiskrim berperisa dalam plastik berbentuk silinder atau lebih dikenali sebagai aiskrim Malaysia. Syarikatnya, myFizRo. Enterprise (myFizRo) yang berpangkalan…










