AirAsia tawar lima juta tempat duduk promosi - Utusan Malaysia

AirAsia tawar lima juta tempat duduk promosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Nov. – AirAsia Bhd. menawarkan sebanyak lima juta tempat duduk promosi pada tambang untuk ahli bermula daripada RM15 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi menarik termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bharu, Kuantan, Langkawi, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Miri.

Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata, tambang serendah RM39 untuk penerbangan ke destinasi ASEAN termasuk Brunei, Phnom Penh, Padang, Jakarta, Surabaya, Bandar Ho Chi Minh dan banyak lagi. 

Katanya, bagi mereka yang memilih perjalanan bersama AirAsia X boleh menikmati tambang tempat duduk promosi termasuk semua bagi ahli serendah RM199 dari Kuala Lumpur ke Amritsar, Taipei, Seoul dan Osaka.

“Menerusi promosi ini, orang ramai boleh merancang perjalanan mereka lebih awal ke lebih dari 130 destinasi di seluruh jaringan rangkaian AirAsia dan AirAsia X. 

“Anda digalakkan untuk mendaftar sebagai Ahli AirAsia BIG untuk menikmati lebih banyak kelebihan seperti keutamaan akses promosi, diskaun segera bagi ahli dan pembayaran lancar dengan satu klik menerusi BigClick,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahli AirAsia BIG diberi keutamaan akses 24 jam lebih awal bagi promosi ini pada 11 November 2018. Bagi mereka yang bukan ahli AirAsia BIG boleh menempah tempat duduk promosi bermula dengan tambang serendah RM20 dari 12 November.

Tempahan boleh dibuat di laman airasia.com dan aplikasi mudah alih bagi tempoh perjalanan antara 6 Mei 2019 dan 4 Februari 2020.  

Orang ramai boleh menikmati pelbagai faedah apabila membuat pra-tempah Pek Nilai yang merangkumi bagasi berdaftar 20 kilogram, satu hidangan dalam penerbangan oleh Santan, pilihan tempat duduk biasa, dan insurans perlindungan perjalanan oleh Tune Protect.

Selain itu, pengguna BigPay juga boleh menikmati caj pemprosesan dengan kadar sifar, diskaun pra-tempah bagi hidangan dalam penerbangan dan bagasi berdaftar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay.  

Mereka yang menempah menggunakan Kredit Kad Platinum AirAsia pula mendapat mata ganjaran bonus AirAsia BIG. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN