AirAsia, Red dan 88Rising bekerjasama banteras AIDS - Utusan Malaysia

AirAsia, Red dan 88Rising bekerjasama banteras AIDS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG 13 Nov. – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd. (AirAsia) dengan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa, Red akan bekerjasama bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit AIDS di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya akan menyalurkan kutipan yang diperoleh daripada jualan promosi tempat duduk percuma yang sedang berlangsung sekarang dan pelbagai promosi lain pada tahun hadapan dalam sebuah dana global bagi membantu program HIV/AIDS di ASEAN.

“Bagi setiap tempat duduk yang dijual di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dalam tempoh 24 jam bermula esok hingga tengah hari Rabu, AirAsia akan menderma kira-kira 80 sen untuk menanggung keperluan rawatan pesakit HIV/AIDS ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, kami juga akan bekerjasama dengan sebuah syarikat label muzik antarabangsa, 88Rising bagi melancarkan sebuah festival muzik dan seni pada tahun hadapan untuk meningkatkan sikap positif dan kesedaran terhadap penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas majlis pengumuman kerjasama tersebut, di sini semalam.

Yang hadir sama, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad serta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Terdahulu, turut dilancarkan ialah rekaan pesawat khas, WEAREALLCHAMPIONS bagi menyokong usaha tersebut.

Dalam pada itu, Fernandes berkata, tarikh dan tempat untuk menjayakan festival tersebut akan diumumkan pada satu tarikh lain selepas perbincangan lanjut dibuat oleh semua pihak terlibat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN