SEPANG – Tangisan ayah sebelum perlumbaan serta nasib malang yang menimpa rakan senegara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Tatkala segelintir peminat tempatan meragui akan kemampuannya, Hafizh mengakui dua elemen tersebut membakar semangatnya untuk memacu laju di atas permukaan litar yang kering untuk melakar kejayaan bersejarah di…










