SEPANG – Tangisan ayah sebelum perlumbaan serta nasib malang yang menimpa rakan senegara, Adam Norrodin menjadi kunci kejayaan pelumba MotoGP pertama negara, Hafizh Syahrin Abdullah menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia 2018 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Tatkala segelintir peminat tempatan meragui akan kemampuannya, Hafizh mengakui dua elemen tersebut membakar semangatnya untuk memacu laju di atas permukaan litar yang kering untuk melakar kejayaan bersejarah di laman sendiri. Menurut pelumba Monster Yamaha Tech 3 itu, saat melihat ayahnya menangis di sebalik pagar penghadang selain mengenangkan nasib…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya