apakah yang akan berlaku apabila kecanggihan sistem komputer mampu memahami dan seterusnya mengawal pemikiran golongan manusia yang dilabelkan sebagai ‘pengganas agama’? Sistem canggih komputer yang dimaksudkan itu ialah kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI). Sebagaimana diketahui umum, AI adalah kajian kejuruteraan mesin pintar yang mampu melakukan fungsi dan ciri-ciri pemikiran manusia. Konsep AI bermula dari zaman purba, tetapi kemunculan komputer digital pada abad ke-20 membawa konsep tersebut kepada suatu kemungkinan…










