COLOMBO – Parlimen Sri Lanka bertukar menjadi huru-hara semalam apabila sebilangan wakil rakyat bertumbuk dan membaling objek sehari selepas mereka mengundi menyingkirkan Perdana Menteri, Mahinda Rajapakse. “Sukar untuk mengetahui siapa yang memukul siapa, tetapi beberapa orang cedera, cuma tidak serius,” kata seorang pegawai di Parlimen kepada AFP. “Speaker menangguhkan sidang Parlimen buat sementara waktu. Seorang Ahli Parlimen terpaksa dimasukkan ke hospital,” tambahnya. Sri Lanka telah berdepan krisis politik hampir tiga minggu selepas Presiden Maithripala Sirisena memecat Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri dan menggantikannya dengan Mahinda pada 26 Oktober lalu. Sirisena…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya