Ahli Kelab Nuri terokai sejarah Kota Lukut di Nuri Night at the Museum - Utusan Malaysia

Ahli Kelab Nuri terokai sejarah Kota Lukut di Nuri Night at the Museum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUKUT 12 Nov. – Seramai 25 ahli Kelab Nuri Bank Rakyat menikmati pengalaman unik bermalam dan menerokai sejarah Kota Lukut di Muzium Lukut, Port Dickson, Negeri Sembilan menerusi program Nuri Night at the Museum pada pada 10 dan 11 November lepas.

Bank Rakyat
(Dari kanan) PENGURUS Cawangan Bank Rakyat Lukut, Nizati Mohamed; Ketua Komunikasi Korporat Bank Rakyat, Nizam Abu Samah; Pengurus Bahagian Komunikasi Korporat Jabatan Muzium Malaysia, Roselelawati;  dan Ketua Muzium Lukut, Peter bersama peserta program Nuri Night at the Museum. 

Program ini disertai oleh peserta berusia 13 hingga 17 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Intan Perdana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah di sini.

Program berkenan merupakan salah satu inisiatif Kelab Nuri Bank Rakyat mendidik generasi muda untuk lebih menghargai sejarah kegemilangan dan budaya di Negeri Sembilan serta memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Menurut seorang peserta, Muhammad Said Izzmail Abdullah,16, program tersebut memberi pengalaman baharu kepadanya dan rakan-rakan peserta.

Menurut Muhammad Said, antara aktiviti yang dijalankan penganjur pada program berkenaan  ialah membina pondok dan bermalam di muzium bersama rakan-rakan sambil mempelajari sejarah Kota Lukut.

“Saya gembira dapat menyertai program ini kerana dapat belajar memasak dalam buluh serta mengenali rakan-rakan baharu yang berlainan sekolah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Bank Rakyat hari ini.

Menurut Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani, program Nuri Night at the Museum ini merupakan platform terbaik Bank Rakyat untuk meraikan ahli Kelab Nuri Bank Rakyat serta mendekati pelanggan setia Bank di Negeri Sembilan.

Beliau menjelaskan, program tersebut merupakan kesinambungan daripada program yang diadakan oleh Kelab Nuri Bank Rakyat sebelum ini.

Nizam menambah, antara program yang telah dianjurkan ialah, Nuri Survivor di Sarawak, Nuri A Day at the Library di Sabah, Nuri Explorace dan Nuri Joran di Perak, Nuri Eco-Camp di Selangor, Nuri World Cup dan Choral Speaking Bank Rakyat di Kuala Lumpur serta Karnival Nuri Merdeka di seluruh negara.

Beliau menjelaskan, program dua hari satu malam ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya Treasure Hunt Muzium Lukut, pengkisahan sejarah Kota Lukut, demostrasi dan teknik pembungkusan artifak muzium, membina pondok serta memasak.

Sempena cuti sekolah, Kelab Nuri Bank Rakyat turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk ahli Kelab Nuri Bank Rakyat di seluruh Malaysia antaranya Nuri Night at the Museum di Muzium Kota Kuala Kedah, Nuri Go Kart di Shah Alam, Nuri Night at the Museum di Muzium Negara, Nuri Sleeping with the Shark di Aquaria KLCC dan Nuri Night at the Library di Terengganu.

Untuk mereka yang berminat menyertai ahli Kelab Nuri Bank Rakyat yang terbuka kepada mereka yang berusia tiga bulan hingga 18 tahun boleh mengunjungi cawangan Bank Rakyat yang berdekatan atau layari laman sesawang Kelab Nuri Bank Rakyat, www.kelabnuri.com.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN