ADUN Guar Chempedak keluar UMNO - Utusan Malaysia

ADUN Guar Chempedak keluar UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 12 Nov. – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini dikejutkan dengan berita salah seorang wakil rakyat UMNO, Datuk Dr. Ku Abdul Rahman Ku Ismail yang membuat keputusan untuk keluar parti itu dan menjadi ADUN bebas.

Perkara itu diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Ahmad Kassim pada Sidang DUN Kedah di Wisma Darul Aman di sini hari ini

Ahmad Kassim berkata, ADUN Guar Chempedak itu menyerahkan surat memaklumkan beliau telah keluar UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas.

“Sehubungan itu, kerusi beliau dalam sidang DUN Kedah diubah,” katanya.

Ku Abdul Rahman hadir pada persidangan DUN tersebut.

Hanya tiga daripada 36 calon Barisan Nasional memenangi kerusi DUN dalam pilihan raya umum lepas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN